Apa itu kecerunan Warna?
Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient Tool.
Untuk tutorial ini, saya gunakan imej di bawah berikut:
Masukkan imej di atas ke dalam perisian Photoshop. Kemudian pilih Gradient Tool dari Tool anda (Lihat Rajah 1):
Rajah 1: Gradient Tool
Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan warna hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool (Lihat Rajah 3)
Rajah 3: Warna Foreground dan background
Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to Transparent (Lihat Rajah 4).
Rajah 4: Linear Gradient
Kemudian buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan tetikus pada bahagian hujung gambar, dan buat satu garisan lurus ke bahagian tengah gambar. (Lihat Rajah 5)
Hasilnya:
Efek yang anda dapat lihat ini dipanggil sebagai efek kecerunan (Gradient Effect). Dengan efek ini, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis brosur, flyers, bunting, poster dan lain-lain bahan penerbitan dengan mencantumkan dua jenis gambar dan membuat pertindihan imej secara digital.